Blogger Widgets

Tuesday, 30 October 2012

Selesai sudah ibadah korban/akikah di Kemboja tahun 2012

Alhamdulillah, syukur padaNya Allah SWT yang telah memberikan keizinanNya maka upacara ibadah korban dan akikah yang telah berlansung pada 26 Oktober 2012 lalu sudah pun selamat dijalankan. Dan segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sebanyak 20 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah ditumbangkan bagi tujuan akikah dan korban sempena Aidil Adha di Phnom  Penh, Kemboja.


Upacara penyembelihan lembu ke-6


Lihat aktiviti ibadah korban yang berkaitan di SINI

Thursday, 25 October 2012

Penghargaan dari pihak pengurusan ibadah korban 2012

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya memberi nafas untuk kita meraikan sekali lagi Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang jatuh pada 26 Oktober 2012 di hari Jumaat yang mulia. Bersamaan dengan kalendar umat Islam yakni 10 Zulhijjah 1433 yakni bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.

Umat Islam di seluruh dunia sama-sama meraikannya pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah yang kemudian disusuli dengan solat sunat Aidiladha dan khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah. Ibadah korban pula boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah yang kesemua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik. 

Ia merupakan perayaan yang sangat istimewa bagi umat Islam untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. 

10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. 

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


Oleh itu, kami bagi pihak Al Malik Maju selaku syarikat yang menguruskan ibadah korban pada tahun ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta ibadah korban di Kemboja. Insyaallah kita sama-sama berdoa agar ibadah dan segala usaha murni ini diterima oelh Allah SWT dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat nanti. 

Akhir kata Salam Aidiladha dan insyaallah kita dapat bersama lagi untuk program-program amal dan ibadah ini untuk tahun-tahun yang akan datang. Jazakallah

Wednesday, 24 October 2012

Ibadah korban lembu ke-20 di Kemboja!

Berikut adalah senarai nama peserta ibadah korban untuk lembu yang ke 20 di Kemboja pada 26 Oktober 2012 nanti. Alhamdulillah!

Sumber gambar dari SINI

Nama peserta :

1. Nor Azlina binti Harun
2. Ismail bin Ishak

Rujuk SINI untuk melihat aktiviti ibadah korban sebelum ini dan senarai semua peserta untuk 26 Oktober 2012 nanti.

Tuesday, 23 October 2012

Senarai nama peserta korban dan akikah lembu ke 19 di Kemboja

Berikut adalah senarai nama peserta ibadah korban untuk lembu yang ke 19 di Kemboja pada 26 Oktober 2012 nanti. Kesemua peserta kali ini juga adalah dari negara Singapura, Alhamdulillah!

Sumber gambar dari SINI
Peserta lembu korban ke 19

1. Juliana binte Jumaat
2. Rozale bin Marzuki
3. Nur Atiqah binte Hamzah
4. Muhd Asyraff bin Hamzah
5. Siti Radhiah binte Mohd Yusoff
6. Juffri bin Jumaat
7. Yusuf Danial bin Mohd Yani

Rujuk SINI untuk melihat aktiviti ibadah korban sebelum ini dan senarai semua peserta untuk 26 Oktober 2012 nanti.

Monday, 22 October 2012

Senarai nama peserta korban dan akikah lembu ke 17 & 18 di Kemboja

Berikut adalah senarai nama peserta ibadah korban untuk lembu yang ke 17 dan 18 di Kemboja pada 26 Oktober 2012 nanti. Kesemua peserta kali ini adalah dari negara Singapura, Alhamdulillah!

Peserta lembu korban ke 17
1) Nafiya binti Omar
2) Mohd Yusoff bin Othman
3) Iman Matin bin Azman
4) Alya Marsya binti Azman
5) Asif Mifzal bin Azman
6) Adimah binte Omar
7) Jumaat bin Amming

Peserta lembu korban ke 18
1) Fatin binti Ahmad Firdaus
2) Zakyr bin Ahmad Firdaus
3) Hamzah bin Ali
4) Latifah binti Omar
5) Muhammad Hafiz bin Hamzah
6) Muhammad Shah Rizal bin Hamzah
7) Site Romnah binti Omar


Rujuk SINI untuk melihat aktiviti ibadah korban sebelum ini dan senarai semua peserta untuk 26 Oktober 2012 nanti.

Monday, 15 October 2012

Senarai nama peserta korban dan akikah lembu ke 16 di Kemboja

Berikut adalah senarai nama peserta ibadah korban dan akikah untuk lembu yang ke 16 di Kemboja pada 26 Oktober 2012 nanti.

Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.


Rujuk entry "Senarai akhir nama peserta korban dan akikah di Kemboja" untuk melihat senarai peserta untuk lembu yang pertama hingga ke 15.

Thursday, 11 October 2012

Senarai akhir nama peserta korban dan akikah di Kemboja

Berikut adalah senarai nama peserta bagi 15 ekor lembu dan 5 ekor kambing untuk ibadah korban dan akikah di Kemboja pada 26 Oktober 2012 nanti.

Saya akan turut berada di Kemboja pada tarikh tersebut. Boleh hubungi saya di +60 016 3932006.